IPOH: Harga tiket masuk ke Taman Didik Hibur Dinosaur Encounter: Area 65 di Pusat Komersial Silverlakes Village Outlet (SVO) adalah mengikut harga pasaran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.
Beliau berkata Dinosaur Encounter itu yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 15 Disember lepas belum siap sepenuhnya dan ia akan dibuka secara berperingkat.
"Kita biarkan pasaran yang tentukan (harga), sudah tentu apa kita lihat yang ada di situ sekarang sebenarnya belum siap sepenuhnya dan berfasa.
"Sekarang baru fasa pertama, mereka lakukan kerja-kerja pembinaan itu berkaitan khusus bersempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2024, jadi sebenarnya ada fasa lain lagi," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Tourism Perak bersama Grab Malaysia bersempena TMP 2024 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan orang ramai di laman media sosial mengenai harga tiket masuk ke Dinosaur Encounter yang dikatakan mahal dan tidak berbaloi untuk dikunjungi, selain orang ramai berpendapat taman tema itu bakal menerima nasib sama seperti taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang ditutup pada 2019.
Dinosaur Encounter Area 65 beroperasi dari 11 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hujung minggu Jumaat hingga Ahad termasuk cuti umum dari 10 pagi hingga 7 malam, dengan harga tiket bagi dewasa ialah RM40, manakala kanak-kanak RM30.
Pada 15 Dis, Pengurus Besar Wegrow Global, Dr Anir Syazwan Sharbirin memaklumkan fasa pertama Dinosaur Encounter itu dijangka menarik kunjungan kira-kira 45,000 pelawat.
Menurutnya Dinosaur Encounter itu merupakan taman dinosaur keenam di Malaysia yang mempamerkan konsep baharu iaitu kombinasi taman hiburan secara dalam dan luar bangunan yang bertaraf antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Loh Sze Yee (tiga dari kiri) berkata Dinosaur Encounter itu yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 15 Disember lepas belum siap sepenuhnya dan ia akan dibuka secara berperingkat. - Bernama
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
45,000 disasar kunjungi taman dinosaur keenam Malaysia
Dr Anir Syazwan berkata beliau yakin taman tema dinosaur itu bakal mencetuskan fenomena baharu dalam menarik kehadiran pelancong selari inisiatif Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.